Notis Kerja Undi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MAJLIS BANDARAYA MELAKA BERSEJARAH
BANDARAYA WARISAN DUNIA 

NOTIS KERJA UNDI

Adalah dimaklumkan bahawa Cabutan kerja-kerja undi secara langsung (live) bagi Bilangan 2/2020 akan diadakan seperti berikut:

SESI PERTAMA (KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL)

Tempoh Pendaftaran (secara online)

15 Mei 2020 – 16 Mei 2020 (48 jam)

Tarikh cabutan undi secara langsung

20 Mei 2020 (Rabu)

Masa cabutan undi

10.00 pagi

Tempat

Auditorium, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Graha Makmur, No. 1
Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka

Bilangan Kerja Undi Sesi Pertama

26

 

 

SESI KEDUA (KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM)

Tempoh Pendaftaran (secara online)

15 Mei 2020 – 16 Mei 2020 (48 jam)

Tarikh cabutan undi secara langsung

20 Mei 2020 (Rabu)

Masa cabutan undi

11.00 pagi

Tempat

Auditorium,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Graha Makmur, No. 1
Jalan Tun Abdul Razak-Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka

Bilangan Kerja Undi Sesi Kedua

68

( Sr. NANI ERNIE BINTI OTHMAN ),

Ketua Unit,
Unit Ukur Bahan Dan Kontrak ,
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah
Tarikh :

 

 SYARAT-SYARAT KERJA UNDI

A) PROSES PENDAFTARAN KERJA UNDI DAN PROSES PENGUNDIAN

  1. Kerja Undi ini hanya akan dibuka kepada syarikat/kontraktor yang BERALAMAT PENDAFTARAN (SSM atau SPKK/CIDB) dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah SAHAJA.
     
  2. Kontraktor hendaklah membuat permohonan pendaftaran secara atas talian (online) bermula jam 12.00 malam pada 15 Mei 2020 sehingga 11.59 malam pada 16 Mei 2020.
     
  3. Permohonan yang diterima sebelum dan selepas tempoh masa yang ditetapkan akan ditolak.
     
  4. Hanya penama di dalam PPK, SPKK, atau STB sahaja boleh memohon atau berdaftar secara atas talian dan tidak boleh mewakilkan pegawai selain daripada penama yang dinamakan dalam sijil melalui pengisytiharan atau pengesahan pemohon. (Borang akujanji seperti di Lampiran A).
     
  5. Bagi tujuan pendaftaran, pemohon perlu mengemukakan semua dokumen di bawah dengan memuatnaik secara ‘PDF’ dan dihantar ke alamat email This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
     
  6. Dokumen-dokumen wajib yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut:

    a. Borang Pendaftaran Kerja Undi yang telah lengkap diisi
    b. Salinan ASAL Kad Pengenalan Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan),
    c. Sijil ASAL SSM (Suruhanjaya Syarikat Malaysia) DAN SPKK/CIDB (Sijil Perolehan Kerja Kerajaan) DAN Sijil Kontraktor Taraf Bumiputera, Dan
    d. Borang Akujanji yang telah ditandatangani oleh Pemilik Syarikat (Pegawai yang ditauliahkan) – Lampiran A.
     

  7. Urusetia pengundian akan menyemak semua dokumen yang dikemukan sebelum senarai syarikat yang layak untuk menyertai kerja undi dihebahkan.
     
  8. Kontraktor telah disenarai layak akan diberi nombor mewakili syarikat masing-masing mengikut turutan pendaftaran di peringkat pengundian. Nombor yang berkenaan akan dicatatkan dalam suatu daftar yang disediakan dan akan dipaparkan di dalam laman web rasmi MBMB sebelum hari pengundian.
     
  9. Senarai tajuk projek adalah seperti di Lampiran B dan Lampiran C.
     
  10. Cabutan undi secara langsung (live) akan disiarkan melalui Facebook MBMB iaitu Unit Media MBMB pada 20 Mei 2020 (Rabu) mengikut masa yang ditetapkan.
     
  11. Syarikat/Kontraktor yang layak menyertai kerja undi adalah seperti berikut:-
     

            SESI PERTAMA (KERJA-KERJA MEKANIKAL & ELEKTRIKAL)

Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kelas

Taraf

Kategori

Pengkhususan

 G1/G2/G3

 Bumiputera

ME
(Mekanikal Dan Elektrikal)

 E04
(Pemasangan Voltan Rendah) DAN

E11
(Kerja Am Elektrikal)

 

            SESI KEDUA (KERJA-KERJA KEJURUTERAAN AWAM)

Berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB)

Kelas

Taraf

Kategori

Pengkhususan

 

G1

 

Bumiputera

 

CE

(Pembinaan Kejuruteraan Awam)

CE01
(Pembinaan Jalan dan Pavemen)

ATAU

CE21
(Kerja-kerja Am Kejuruteraan Awam)

(Beralamat Pendaftaran Dalam Kawasan Pentadbiran MBMB) masih sah dan tidak tertakluk dengan penahanan atau penggantungan.

                

  1. Kontraktor yang berjaya akan terus diberikan surat tawaran dan diminta berhubung dengan Pegawai Penguasa atau wakilnya. Kerja akan dipantau oleh Jabatan berkaitan sehingga peringkat bayaran.
     
  2. Kontraktor akan disenaraihitamkan selama setahun sekiranya :-
    13.1 Gagal menyiapkan kerja dengan memuaskan di dalam tempoh yang ditetapkan.
    13.2 Gagal memulakan kerja dalam tempoh yang dinyatakan di dalam surat tawaran.
     
  3. Kontraktor yang mengambil bahagian dalam kerja-kerja undi ini tidak semestinya mendapat kerja. Segala perbelanjaan adalah atas tanggungjawab kontraktor sendiri.
     
  4. Kontraktor yang telah mendapat kerja-kerja Kerja Undi di bawah penyeliaan MBMB pada tahun semasa (Bil 1/2020) adalah TIDAK LAYAK menyertai Kerja Undi ini. Senarai nama syarikat yang pernah mendapat kerja undi bagi Bil 1/2020 adalah seperti di Lampiran D.
     
  5. Kontraktor yang Berjaya perlulah mendapatkan kelulusan Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) bagi memulakan kerja-kerja sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan atau mengisytiharkan maklumat syarikat dan bersetuju dengan ikrar akujanji pematuhan SOP yang ditetapkan oleh MITI. 
     
  6. Adalah diingatkan kontraktor diwajibkan mematuhi prosedur operasi standard AM dan Garis Panduan Am Kebenaran Beroperasi serta pergerakan pekerja bagi projek pembinaan dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

 

Muat turun borang kerja undi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah:

BORANG PENDAFTARAN UNDI BIL.2 2020
LAMPIRAN A - BORANG AKUJANJI
LAMPIRAN B - SENARAI PROJEK SESI 1
LAMPIRAN C - SENARAI PROJEK SESI 2
LAMPIRAN D - SENARAI KONTRAKTOR TELAH DAPAT

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649591

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.