Mini Karnival WRUR Duyong & Peluncuran Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri Melaka di Taman Bandaraya Bukit Serindit

Picture20

 

19 Julai - Mini Karnival @ Taman Bandaraya Bukit Serindit sempena Program WRUR Duyong diteruskan lagi pada hari ini. Pelbagai pengisian program menarik menghiasi keindahan Taman Bandaraya ini.

Aktiviti pagi dimulakan dengan Pertandingan Aerobikton anjuran Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Seterusnya program Langkah Sihat Bersama Komuniti yang terdiri daripada pelbagai aktiviti dan beberapa checkpoint.

Program ini dimulakan dengan Peluncuran Sambutan Hari Antidadah Peringkat Negeri Melaka di mana YB Tuan Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Perpaduan dan Sumber Manusia sebagai perasmi. Hadir sama, YB Datuk Hjh Kalsom binti Nordin, EXCO Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti , YB Datuk Hj. Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, ADUN Duyong, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Pn. Noor Azrimah binti Ahmad, Pengarah AADK Negeri Melaka , Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB serta lebih 600 orang awam yang turut hadir pada pagi ini.

Seterusnya Dif kehormat dan peserta Langkah Sihat ke Checkpoint 1 bagi permainan teng-teng, CP 2 bagi Perasmian Sambutan Hari Bapa Peringkat Negeri Melaka oleh LPPKN, CP 3 permainan gol bola jaring oleh AADK Melaka, CP 4 senama Waitankung bersama Pertubuhan Waitankung dan Neitankung Malaysia.

Checkpoint ke 5 program tanam pokok, CP 6 bagi sentuhan akhir mural Taman Bandaraya dan Checkpoint 7 terakhir pocket talk skuad Antidadah bersama AADK.

Tahniah kepada semua peserta dan orang ramai yang membanjiri TBBS!!! Anda semua awesome.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454658

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.