Makluman Perubahan Hala Bagi Lorong Hang Jebat Dan Laluan Alternatif Bagi Kenderaan Dari Plaza Mahkota Ke Jalan Tun Tan Cheng Lock

Image

Dimaklumkan bahawa Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah akan melaksanakan percubaan perubahan hala jalan di LORONG HANG JEBAT. Sehubungan dengan itu, kenderaan dari Jalan Kampung Pantai boleh membelok ke kanan melalui Lorong Hang Jebat dan seterusnya melalui Jalan Tun Tan Cheng Lock. Cadangan pelaksanaan ini akan dilaksanakan kepada kenderaan ringan (kenderaan dengan berat tanpa muatan tidak melebihi 5 tan) sahaja pada jumaat jam 6.00 petang hingga ahad jam 12.00 tengah malam (54 jam) bermula pada 12 JANUARI 2024 bagi tujuan penyuraian trafik yang lebih baik dan mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan sekitar Banda Hilir.
Selain itu juga, sempena pelaksanaan Zon Bebas Kenderaan, laluan alternatif disediakan bagi kenderaan dari PLAZA MAHKOTA untuk susur ke kiri melalui JALAN TUN KHALIL YAAKOB ke JAMBATAN TAN KIM SENG dan keluar melalui JALAN TUN TAN CHENG LOCK (kenderaan DIBENARKAN MASUK dari jam 8.00 pagi - 6.00 petang sahaja). Sebarang urusan dan laporan kemalangan pada Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, boleh di buat di BALAI POLIS BANDA HILIR.

Pemasangan papan tanda lalu lintas (jalan sehala dan dilarang masuk) akan disediakan sebagai panduan kepada pengguna jalan raya bagi jalan yang terlibat.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Directory : MBMB Directory
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 21 January 2026, 07:28:56.

Total Visitors

04454598

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2026 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.