
17 Julai - YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut sama turun padang meninjau persiapan akhir Mini Karnival Taman Bandaraya Bukit Serindit sempena WRUR Dun Duyong.
Kelihatan anggota-anggota yang terlibat bertungkus-lumus bagi memastikan persiapan mini karnival yang julung kali diadakan ini berjalan dengan lancar.
Ayuh semua kita meriahkan Mini Karnival Taman Bandaraya Bukit Serindit bermula esok hingga 20 Julai ini.
Jumpa anda di sana!



