Selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan yang diisytiharkan oleh Kerajaan, maka semua Kaunter Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan ditutup bagi tempoh berkuatkuasa dari 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020 atau ke satu tarikh yang lain sebagai langkah pencegahan kepada penyebaran wabak Covid-19.
Sebarang proses pembayaran cukai taksiran harta, kompaun, sewan dan lain-lain sila ke laman https://myfpx.mbmb.gov.my/.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat ke talian 06-285 9700/ 06-285 9743.
Bersama kita menangani wabak COVID-19 dan jangan terlambat untuk mendapatkan rawatan!