Sekitar Lawatan Kerja daripada Majlis Bandaraya Kuantan

AYER KEROH 6 Oktober - Sekitar Lawatan Kerja daripada Majlis Bandaraya Kuantan seramai 7 orang delegasi diketuai oleh YH. Dato' Hamdan bin Hussin, Datuk Bandar Kuantan ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB). Lawatan kerja telah dimulakan dengan kunjungan hormat ke Pejabat Datuk Bandar MBMB dan disambut oleh YBhg. Datuk Hj. Zainal bin Hj. Abu, Datuk Bandar MBMB diiringi YBrs. Tuan Ts. Hj. Noramirul Nizam bin Kamis, Setiausaha Bandaraya. Hadir sama Tuan Ir. Mansor bin Hj. Mohamad, Pengarah Kejuruteraan MBMB serta pegawai kanan MBMB.

Lawatan bertujuan mendapatkan maklumat dan bertukar pandangan tentang penggunaan Sistem Pintar Kawalan Trafik MBMB atau singkatannya SPiKTRA-M yang telah mula digunakan di sekitar Bandaraya Melaka bagi tujuan kelancaran trafik. Delegasi turut dibawa ke Bilik Kawalan SPiKTRA-M Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah dan taklimat telah disampaikan oleh Tuan Ir. Ts. Harmidi bin Ali, Jurutera Awam (Pengurusan Lalulintas) MBMB. Selain itu delegasi turut dibawa ke Persimpangan Kota Laksamana yang merupakan pilot projek bagi SPiKTRA-M. Turut hadir rakan strategik MBMB daripada PPK Technology Sdn. Bhd.

Semoga hubungan dua hala ini dapat memanfaatkan kedua-dua belah pihak. Terima kasih kerana memilih Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah sebagai ruang diskusi dan pembelajaran.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649479

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.