MENU

Apa itu cukai taksiran harta?
* Cukai taksiran harta ialah cukai yang dikenakan ke atas semua pegangan/harta di dalam kawasan pentadbiran Majlis berdasarkan kepada Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan sebagaimana diperuntukkan di Bahagian XV, Akta Kerajaan Tempatan 1976.

Bilakah tempoh bayaran bagi bil-bil cukai kadaran?
* Setengah tahun pertama (1 hb Januari hingga 28 hb Februari)
* Setengan tahun kedua (1 hb Julai hingga 31 hb Ogos. Tarikh akhir bayaran pada 30 hb Ogos setiap tahun)

Bolehkah pemilik membuat bantahan?
* Kenyataan Pindaan Senarai Nilaian dihantar kepada pemilik dalam masa 30 hari sebelum tarikh penguatkuasaan Cukai Taksiran Harta baru dikenakan. Pemilik yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan bantahan secara bertulis tidak lewat dari 10 hari sebelum tarikh penguatkuasaan cukai. Bantahan yang dikemukakan akan didengar dan diputuskan oleh Jawatankuasa Bantahan Cukai Taksiran MBMB sama ada pemilik hadir atau tidak. Sekiranya pemilik tidak bersetuju ddengan keputusan Jawatankuasa tersebut, pemilik boleh mengemukakan rayuan mengikut prosedur undang-undang yang dinyatakan dalam Akta 171.

Contoh Kiraan
* Jika sesuatu pegangan mempunyai : Nilai Tahunan : RM 2,000.00 Kadar Tahunan : 9.5% Maka cukai harta pegangan tersebut adalah seperti berikut : RM 2,000.00 x 9.5/100 = 190.00 Setahun.

Bagaimana cukai taksiran dibuat?
* Cukai taksiran dikenakan berdasarkan kepada Nilai Tahunan dan Kadar Tahunan. Nilai Tahunan Semasa diambil kira berdasarkan kepada nilai sewa semasa penyediaan Senarai Nilaian yang dikuatkuasakan. Kadar Tahunan Semasa yang diwartakan dikenakan mengikut jenis harta, luas binaan, dan kedudukan harta.

If this information is not enough, please contact:

Department Of Health And Licensing

En. Noramirul Nizam bin Kamis

Director of Licencing and Health Department, Melaka Historic City Council,

noramirul@mbmb.gov.my

Department Of Corporate And International Affairs

Pn. Norfadzlina binti Mohd Sharif
Director of Corporate Affairs & International Department, Melaka Historic City Council,
norfadzlina@mbmb.gov.my

The Asset Valuation And Property Management Department

Hjh. Ufridah binti Haji
Director of Valuation and Property Management Department, Melaka Historic City Council,
ufridah@mbmb.gov.my

Department Of Communication And Customer Service

Hjh. Siti Fariza binti Salim
Director of Business Premises Management & Customer Service Department, Melaka Historic City Council,
fariza@mbmb.gov.my

Last Updated: Friday, 22 June 2018 - 12:47am