MBMB Sediakan Zon Merokok Di Kawasan Pelancongan Dan Tumpuan Umum

BANDARAYA MELAKA 2 Oktober - MBMB telah menyediakan enam (6) lokasi Zon Merokok di sekitar kawasan pelancongan dan tumpuan umum antaranya di Taman Bandaraya Bukit Serindit, Dataran Stadhuys, Taman Bunga Merdeka, Medan Samudera, Jalan Hang Tuah dan Medan Selera Jalan Tun Ali.

Dengan adanya 'Zon Merokok' ini di tempat awam secara tidak langsung dapat membantu menjaga kesihatan golongan bukan perokok bahkan stesen zon merokok merupakan pendekatan yang lebih baik bagi memberitahu kepada orang awam perokok hanya dibenarkan merokok di stesen zon merokok sahaja selain mengekang tindakan pembuangan puntung rokok merata-rata. Anggaran kos keseluruhan bagi projek ini bernilai RM57,000.00

MBMB akan sentiasa memantapkan penguatkuasaan untuk memastikan perokok mematuhi peraturan ditetapkan.

MBMB berharap dengan adanya usaha-usaha yang sedang dan akan berjalan ini dapat membantu Kerajaan Negeri merancakkan dan mengaktifkan semula sektor ekonomi warga bandaraya keseluruhannya serta memastikan kawasan pelancongan yang selamat dan stabil selepas pelaksanaan tempoh kawalan pergerakan yang telah menjejaskan punca pendapatan rakyat.

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

Monday - Friday

General Line : +606 285 9700
Hotline : +606 333 3333
Complaint Line : +6013 302 9700 (Whatsapp only)
Fax : +606 232 5716
Email : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Latest Update : Wednesday 08 May 2024, 08:00:13.

Total Visitors

03649612

Disclaimer : Melaka Historic City Council is not responsible for any loss or damage incurred from the use of information contained in this portal.

Best View : Please use latest version of browser of Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome with resolution 1920 x 1080.

Copyright © 2024 All Rights Reserved. Melaka Historic City Council.