26 Jun - Telah berlangsung Taklimat Smart Solar Residential Solution MBMB-TNB semasa Mesyuarat Majlis Penuh dan taklimat kepada anggota MBMB di Auditorium, MBMB. Taklimat telah disampaikan oleh Luqman Hakim Bin Mohd Azhar, G-Sparx.
Objektif projek ini adalah menyokong tenaga solar di kawasan kediaman dalam kawasan pentadbiran MBMB ke arah mewujudkan bandar pintar dan rendah karbon serta meningkatkan pengalaman pelanggan dengan portal pemantauan dalam talian – perintis di Bandar Melaka.
Projek ini mensasarkan Sistem Solar PV Pintar Mampu Milik untuk rumah kediaman dan penyertaan dalam Skim Solar untuk Rakyat (SolaRIS), serta mengguna pakai teknologi canggih dalam sistem solar, selain program kesedaran ESG untuk kakitangan MBMB.