26 Jun - Lawatan Sambil Belajar dari Universitas Diponegoro Indonesia (UNDIP) ke Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB.
Delegasi seramai 41 orang ini diketuai oleh YBrs. Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim , Profesor Kehormat UNISEL dan YBrs. Prof. Dr. Zailina Hashim , Profesor Amal UPM.
Taklimat telah disampaikan oleh En. Abdul Nazib bin Halid, SW CORP berkaitan Pengurusan Sisa Pepejal di Tapak Pelupusan Sampah, Taklimat Pengoperasian Tapak Pelupusan oleh YBrs. Muhammad Farez bin Jamil, Syarikat Greenviro Solutions Sdn Bhd, Pn. Norliah binti Abdul Rahman dengan tajuk Pengurusan Pembersihan Awam MBMB serta Pn. Nur Hidayah binti Zakaria dengan tajuk Pengurusan Toxicology Kesihatan Persekitaran.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.