27 Jun - Bengkel Technical Working Group (TWG) bagi Melaka Low Carbon City (Partner & Zone) di bawah Program Low Carbon City Challenge (LCC2030C) telah diadakan di Baba House Melaka, Jalan Tun Tan Cheng Lock.
Bengkel ini dihadiri oleh pemegangtaruh serta wakil LCC Partner MBMB iaitu Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka, Hospital Besar Melaka, SK Semabok, SK Peringgit, SK Jalan Datuk Palembang, Nurseri MBMB, dan Graha Makmur.
Program ini menyokong inisiatif Bandaraya Melaka Pintar dan Rendah Karbon 2035, serta Pelan Strategik Melakaku Maju Jaya (PSMJ).
Penyampaian sijil penghargaan kepada semua pihak yang terlibat telah diadakan di akhir sesi bengkel. Kerjasama erat dan kukuh dari semua pihak yang terlibat amat dihargai dan diharapkan diteruskan bersama dengan lebih ramai lagi LCC Partner pada masa akan datang.