14 Jun - Selebriti ikon terkemuka antarabangsa berasal dari Wilayah Shandong, China, Fan Bingbing mengadakan sesi “Meet and Greet” bersama peminat di Banda Hilir, Melaka.
Kehadiran Fan Bingbing ke Melaka cukup besar maknanya, di mana beliau juga dilantik sebagai Duta Setiakawan Pelancongan Melaka (Melaka Friendship Tourism Ambassador) sempena Tahun Melawat Melaka 2024 .
Hadir sama YB Datuk Abdul Razak bin Abd Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan , Seni dan Budaya , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB , Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Beliau turut dibawa melawat ke Mural sentuhan lakaran 4 orang anggota MBMB di dinding Lorong Hang Jebat.