13 Jun - Kerajaan Negeri Melaka petang ini mengadakan simbolik penyerahan lembu
korban sempena persediaan sambutan Hari Raya Aidiladha di Lobi Seri Bendahara dan telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka.
Hadir sama , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta ketua-ketua agensi yang lain.
Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah adalah antara 10 jabatan dan agensi bermurah hati menyumbang lembu-lembu korban tersebut .
Lembu korban tersebut akan diagihkan kepada penerima-penerima melibatkan EXCO-EXCO Kerajaan Negeri, 28 JAPERUN, 13 Agensi Kerajaan dan Swasta serta 20 Persatuan Badan Bukan Kerajaan (NGO) termasuk surau.