14 Jun - KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar mencemar duli berkenan berangkat di Zon Bebas Kenderaan , Banda Hilir bagi melihat sendiri suasana di kawasan tersebut.
Pelbagai aktiviti diserikan sempena menyambut keberangkatan tiba Tuanku seperti persembahan khas Unit Berkuda Pasukan PDRM, persembahan pancaragam dari Angkatan Tentera Malaysia dan persembahan tarian kebudayaan oleh pelajar dari Sekolah Kebangsaan Duyong.
Hadir sama TYT Tun Seri Setia Dr. Hj. Mohd Ali bin Mohd Rustam, Yang di-Pertua Negeri Melaka, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka , barisan EXCO Kerajaan Negeri Melaka , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya , Ketua-ketua Jabatan MBMB , Pegawai-Pegawai Kanan MBMB serta ribuan pengunjung dan pelancong yang hadir di kawasan Zon Bebas Kenderaan.
Daulat Tuanku!