Sambutan Ulang Tahun MBMB, Sasar 10,000 Pengunjung

BANDA HILIR 22 Mac - Sambutan ulang tahun Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) ke-16 kali ini dijangka mampu menarik lebih 10,000 pengunjung sama ada dalam dan luar Melaka.

Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Melaka, Datuk Tey Kok Kiew berkata, ia berikutan pelbagai program menarik telah disusun dan dirangka sempena sambutan tersebut.

Menurutnya, acara tersebut meliputi bidang seni, budaya, sukan, rekreasi dan kemasyarakatan.

"Setiap acara mempunyai objektif tersendiri. Bukan sahaja mahu meraikan rakyat dengan program yang menyeronokkan, sebaliknya kita tidak lupa kepada masyarakat memerlukan dan suara mereka," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Ramah Mesra MBMB Bersama Media di Skydeck Element Mall, di sini, Rabu lalu. Hadir sama, Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin.

Jelas Kok Kiew, sambutan tersebut juga diharapkan dapat menyatukan rakyat di negeri ini tanpa mengira warna kulit dan peringkat umur.

"Aktiviti telah bermula sejak 1 Mac lalu, ia termasuklah Pertandingan V-Log Bandaraya Melaka, Melaka City Fun Ride, Run & Walk (23 Mac), Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil (11 April), Melaka Musical Extravaganza 2019 (14 April), Karnival Sejahterakan Bandarayaku DUN Bandar Hilir (27 April) dan Pertandingan Mural Fiesta 2019 (4 Mei).

"Kita jangka acara kemuncak iaitu Melaka Musical Extravaganza akan mendapat penyertaan teramai," katanya acara tersebut akan diadakan di Dataran Bandaraya MBMB bermula jam 8 malam.

Sementara itu, mengulas mengenai program MBMB bersama media, Kok Kiew berkata, pihaknya berterima kasih kerana media sentiasa menyokong pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Kita harap kerjasama baik ini berterusan dan kedua- dua pihak mendapat manfaat menerusi aktiviti bersama," katanya. - Sumber Melaka Kini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651217

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY