MBMB Komited Tingkat Mutu Perkhidmatan

BANDA HILIR 22 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) komited dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, ia termasuklah dalam aspek penambahbaikan kemudahan fasiliti di bawah kawasan kelolaan MBMB.

Menurutnya, antara dilaksanakan adalah dengan menukar lampu jalan sedia ada kepada lampu jalan jenis diod pemancar cahaya (LED).

"Sehingga kini, kita mempunyai 6,000 lampu jalan di kawasan seliaan MBMB dan kita sudah menukar sebanyak 1,600 lampu jalan tersebut kepada lampu jalan jenis LED.

"Ia bukan sahaja lebih mesra alam dan terang, tetapi juga menjimatkan kos," katanya.

Mansor bagaimanapun berkata, pelaksanaan tersebut dilakukan secara berperingkat.

"Untuk menukar semua lampu jalan ini mengambil masa dan kita jangka tempoh kira-kira lima tahun untuk memastikan semua lampu jalan ini ditukar kepada jenis LED," katanya pada sidang media Ramah Mesra MBMB Bersama Media di Skydeck Element Mall, Rabu lalu.

Hadir sama, Exco Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Melaka, Datuk Tey Kok Kiew. - Sumber Melaka Kini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651322

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY