MBMB Perkasa Intipan Pembuangan Sampah Haram

BANDARAYA MELAKA 23 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan memperkasakan intipan di lokasi pembuangan sampah haram bagi mengekang kegiatan itu dari terus berleluasa.

Datuk Bandar, Mansor Sudin berkata, MBMB tidak akan berkompromi dengan mana- mana individu yang melakukan aktiviti tersebut sebagai antara usaha kempen Tahun Melawat Melaka 2019 (TMM 2019).

Katanya, intipan di beberapa lokasi di pinggir bandar akan disertai beberapa penguatkuasa agensi dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) diikuti ahli majlis kawasan.

"Kita terpaksa melakukannya secara agresif memandangkan isu pembuangan sampah haram dilakukan secara berleluasa, walaupun papan tanda larangan sudah diletakkan.

"MBMB akan melaksanakan intipan berdasarkan aduan diterima dan jika didapati bersalah, kompaun akan dikenakan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Pelancaran Peserta Melaka City Fun Ride, Run and Walk 2019 sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-16 MBMB di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, di sini, sebentar tadi.

Mengulas lanjut, MBMB telah mengeluarkan dua kompaun berhubung intipan yang dilakukan di Bukit Katil dan Ayer Molek.

"Kompuan RM250 dikenakan ke atas pesalah kerana didapati membuang sampah secara haram di dua kawasan berkenaan pada jam tiga pagi.

"Ada yang melakukan kegiatan itu menerusi kenderaan lori dan terlibat secara berkumpulan, tindakan perlu diambil bagi memastikan ia tidak berulang," katanya.

Mereka didapati bersalah di bawah Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). - Sumber Melaka Kini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651047

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY