16 Jun - Program Menyantuni Petugas Pembersihan sempena Sambutan Hari Pekerja Pembersihan Peringkat MBMB tahun 2024 telah diadakan di Rumah Belanda, Jalan Kota, Banda Hilir.
Program ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj.Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB yang turut menyampaikan sedikit cenderahati sebagai tanda penghargaan di atas setiap keringat yang dicurahkan.
Hadir sama Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB serta Ketua-ketua jabatan MBMB.
Selamat Hari Pekerja Pembersihan Tahun 2024!