21 Jun - Program Ceramah Agama Sempena Sambutan Hari Bapa Peringkat Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Dewan Temang Sari, MBMB.
Ceramah agama bertajuk "Bagaimana Menjadi Suami Qudwah Hasanah ?" telah disampaikan oleh Prof Madya Dato' Dr. Haji Mohd Izhar Ariff bin Mohd Kashim. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB , ketua-ketua jabatan serta anggota lelaki Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Kunjung hormat ke atas YBhg. Datuk Bandar oleh penceramah sebelum sesi ceramah turut diadakan di Pejabat Datuk Bandar.