12 Jun - Perhimpunan Bulanan Pentadbiran MBMB Bil.4/2024 telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB. Perhimpunan ini dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan dan unit, Pegawai-pegawai kanan serta anggota MBMB.
YBhg. Datuk Bandar turut menyampaikan amanat beliau kepada seluruh warga kerja MBMB agar sentiasa menyokong penuh semua program dan acara yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri serta memaklumkan tentang lawatan rasmi KDYMM Yang di-Pertuan Agong ke Negeri Melaka pada 14 hingga 16 Jun ini. Turut berlangsung penyampaian Sijil Penghargaan kepada anggota penguatkuasa yang telah menghadiri Kursus Asas Warden Lalu Lintas di Menara Penguatkuasa DBKL Cheras, yang dikendalikan oleh Bahagian Penguatkuasaan Trafik, Jabatan Penguatkuasaan DBKL. Mendahului senarai En. Irwan bin Samat, Pengarah Penguatkuasaan serta 15 orang anggota penguatkuasa .