12 Jun - Satu sesi Kunjung Hormat pihak Petronas ke atas YBhg. Datuk Bandar MBMB telah diadakan di Pejabat YBhg. Datuk Bandar.
Delegasi yang diketuai oleh En. Mohd Azlan bin Kamarudin , Pengurus Projek Petronas PD&T KLCC bersama 6 orang delegasi membincangkan mengenai sebarang projek atau jalinan kerjasama yang boleh dilaksanakan oleh pihak MBMB dan PETRONAS termasuk sebarang program tanggungjawab sosial korporat (CSR).
Hadir sama Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB dan ketua-ketua jabatan MBMB.