MBMB Keluarkan 116 Lesen Sementara Jual Durian

AYER KEROH 11 Julai - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) mengeluarkan sebanyak 116 lesen sementara kepada peniaga buah durian dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Datuk Bandar MBMB, Mansor Sudin berkata, dalam tempoh sama, pihaknya juga mengeluarkan lesen buah-buahan bermusim lain di kawasan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

"Antara Mei hingga Julai, kita merekodkan lebih ramai pemohon iaitu meningkat kepada kira-kira 50 pelesen.

"Ini bermakna bukan setiap masa akan ada 116 pelesen kerana ia bermusim dan pada bulan biasa kita mempunyai antara 10 hingga 20 pelesen," katanya kepada MelakaKini baru-baru ini.

Beliau mengulas saranan Exco Pertanian, Pembangunan Usahawan Koperasi dan Industri Asas Tani negeri, Norhizam Hassan Baktee yang meminta PBT mengeluarkan lesen sementara kepada peniaga durian bagi mengelak berlaku lambakan raja buah itu dipasaran.

Jelas Mansor, pihaknya hanya membenarkan peniaga durian menjual di lokasi selamat dan bukan di bahu jalan yang boleh membahayakan keselamatan.

Sementara itu, bagi peniaga durian Heng Nee Loon, 33, saranan itu amat baik selain memudahkan peniaga untuk menjana pendapatan selain tidak bimbang gerai disaman PBT.

"Saya pernah memohon lesen beberapa kali sebelum ini tetapi tidak berjaya dan pernah disaman RM250.

"Apabila kerajaan negeri menyuarakan cadangan ini, saya rasa amat lega," katanya. - Sumber Melaka Kini

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03651373

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY