21 Jun - Majlis Perasmian Kempen Pengurusan Anjing Terbiar Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan anjuran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Taman Warisan Dunia Jonker Walk.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Low Chee Leong, Timbalan EXCO Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap ADUN Kota Laksamana .
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB , Clr. Zamani bin Md. Isa, Timbalan Ketua Ahli Majlis MBMB , Ahli-ahli Majlis , En. Khairul Anam bin Mokhtar, Pengarah Kesihatan Persekitaran , Ketua-ketua Jabatan dan unit serta peserta terlibat sepanjang kempen dijalankan.
Program ini bertujuan memberi kesedaran tentang isu haiwan terbiar kepada komuniti setempat.