22 Jun - Sedang berlangsung Fiesta E-Sport MBMB 2024 sempena Sambutan Ulang Tahun ke-21 Bandaraya Melaka Bersejarah di Dewan Taming Sari, MBMB.
Fiesta ini akan berlangsung selama 2 hari bermula hari ini dan esok. Sebanyak 64 pasukan yang menyertai PubG dan 64 pasukan yang menyertai Mobile Legend Championship . Jumlah keseluruhan pemain adalah seramai 704 orang.
Hadiah menarik menanti peserta!