Kompleks baru mampu tarik lebih ramai pelancong - Utusan Malaysia/07062012

MELAKA 7 Jun - Para peniaga makanan di Kompleks Niaga Limbongan di sini, memuji usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menceriakan kompleks itu yang tampil berlainan berbanding mana-mana premis MBMB.

Menurut peniaga, suasana di kompleks itu jauh berbeza dengan sebelum ini kerana mereka terpaksa menjalankan perniagaan makanan dan minuman di deretan kedai kayu usang berusia lebih 30 tahun.

Bagaimanapun hari ini, bangunan dua tingkat yang menempatkan 11 peniaga gerai makanan dan minuman MBMB itu menjadi projek perintis MBMB dalam usaha keceriaan apabila sebahagian dindingnya dihiasi pelbagai gambar gergasi berwarna-warni yang memaparkan pelbagai produk pelancongan negeri.

Salah seorang peniaga, Hamdan Rahim, 39, berkata, dia teruja apabila melihat keceriaan warna warni pada dinding di kawasan gerai bangunan itu yang turut menempatkan dewan masyarakat di tingkat atas.

"Pada mulanya saya sangka dinding gerai akan dicat warna putih seperti kawasan gerai MBMB yang lain tetapi terkejut apabila siap dindingnya begitu ceria dengan ditampal pelbagai gambar menarik.

"Terima kasih kepada MBMB dan Ketua Menteri kerana usaha itu pasti dapat menarik lebih ramai pengunjung ke sini sekali gus meningkatkan pendapatan peniaga di sini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hamdan yang mewarisi perniagaan kuih-muih dan lauk-pauk daripada bapanya sejak 1985 berkata, dia juga berasa bertuah apabila mendapat tahu kompleks niaga MBMB itu adalah yang pertama di negeri ini dihias sebegitu rupa termasuk mempunyai dewan masyarakat di tingkat atas.

Pandangan sama turut dikongsi Juan Chow Kiat, 46, yang pada mulanya merasakan sewa RM585 sebulan agak mahal berbanding RM40 sebulan ketika berniaga di kedai kayu usang milik MBMB lebih 30 tahun lalu.

Namun begitu, selepas melihat pelbagai kemudahan yang tersedia di kompleks tersebut katanya, dia yakin gerainya yang terkenal dengan resipi roti bakar dan telur separuh masak itu mampu menarik lebih ramai pelanggan.

"Dulu memanglah sewanya murah, tetapi keadaan kedai pula tidak begitu selesa. Walaupun sewa di gerai baru ini lebih mahal, saya berpuas hati kerana persekitarannya bersih, ceria dan lokasinya juga strategik," katanya.

Peniaga capati dan roti canai, Zuraida Mohd. Salleh, 38, pula berkata, walaupun gembira kerana mempunyai gerai yang ceria dan bersih, dia turut bimbang sekiranya dinding yang mempromosikan pelbagai gambar produk pelancongan negeri ini menjadi mangsa vandalisme.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 08 Mei 2024.
Jumlah Pelawat
03650805

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2024 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY