12 Jun - YAB Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf bin Yusoh, YB Datuk Wira Abd Razak bin Abd Rahman, EXCO Pelancongan , Warisan , Seni dan Budaya serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB bersama-sama menyaksikan penggambaran “Folk Song Gala", di mana YAB Ketua Menteri Melaka turut ditemubual dari stesen televisyen Guangxi itu di Banda Hilir.
Penggambaran ini juga boleh membawa lebih ramai pelancong China melawat ke Negeri Melaka sempena Tahun Melawat Melaka 2024 (TMM2024).
Yang hadir sama, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya serta Ketua-Ketua Jabatan MBMB.