8 Mac - YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh, Ketua Menteri Melaka meluangkan masa beliau meninjau suasana Bazar Raya Ikonik Banda Hilir.
Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB serta Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Bazar raya ikonik Banda Hilir ini menyediakan pelbagai keperluan serta persiapan untuk orang ramai menyambut Hari Raya Aidilfitri. MBMB turut menyediakan kemudahan surau dan tandas awam berdekatan Taman Bunga Merdeka bagi memberi keselesaan kepada pengunjung.




