Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026

 

Picture31

 

6 Februari - Telah berlangsung Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026 bertempat di Dewan Taming Sari, MBMB. Taklimat ini dianjurkan oleh pihak Unit Kerajaan Tempatan (UKT) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.   Hadir menyempurnakan majlis ini YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Hadir sama , YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, YBrs. Puan Radzyma binti Mahat, Setiausaha Majlis Perbandaran Alor Gajah, wakil Unit Kerajaan Tempatan, Pegawai-pegawai Kanan MBMB serta 60 orang penganjur bazar seluruh negeri Melaka.   Sesi taklimat kepada penganjur bazar tersebut telah disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Melaka, PERKESO, Bank Islam, Bank Muamalat, SWCorp . Taklimat yang disampaikan adalah berkaitan Garis Panduan Pengurusan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Rabu 04 Mac 2026.
Jumlah Pelawat
04509302

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY