25 Februari - Taklimat Penganjuran Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2025 telah diadakan di Dewan Taming Sari, MBMB. Taklimat ini dianjurkan oleh pihak Unit Kerajaan Tempatan (UKT) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah.
Hadir menyempurnakan majlis ini YB Datuk Zulkiflee bin Datuk Seri Mohd Zin, Timbalan EXCO Kanan Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana. Hadir sama, YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, En.Mahathir bin Mustafa, Unit Kerajaan Tempatan serta para penganjur bazar.
Sesi taklimat kepada penganjur bazar tersebut telah disampaikan oleh Jabatan Kesihatan Negeri, Melaka, Kementerian Perdagangan dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Negeri Melaka, PERKESO, Bank Islam dan taklimat berkaitan Garis Panduan Pengurusan Bazar Ramadan dan Bazar Aidilfitri Negeri Melaka.




