
9 Mac - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motovasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua Jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Ahmad Farhan Bin Md Yusuf , Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya dan tazkirah oleh En. Mohd Zaki bin Zakaria, Jabatan Penguatkuasaan MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai keistimewaan bulan Ramadan.
Bulan Ramadan merupakan bulan yang sangat istimewa dalam Islam. Ia bukan sekadar bulan berpuasa, tetapi bulan yang penuh dengan rahmat, keberkatan dan keampunan daripada Allah SWT. Ramadan juga adalah bulan di mana Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia. Oleh sebab itu umat Islam digalakkan memperbanyakkan membaca dan mentadabbur Al-Quran sepanjang bulan ini.


