
27 April - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota-anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Ahmad Muhajir bin Sahli Mulyono, Jabatan Kewangan, MBMB dan tazkirah oleh En. Zulkifli bin Zakaria, Jabatan Penguatkuasaan, MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah berkisar mengenai Hubungan Sesama Manusia.
Hubungan sesama manusia dalam Islam adalah konsep yang menekankan kasih sayang, keadilan, persaudaraan, dan hormat-menghormati. Ia merupakan pelengkap kepada hubungan dengan Allah, bertujuan mewujudkan masyarakat harmoni, utuh, dan aman melalui akhlak mulia, tolong-menolong, dan penjagaan silaturrahim.


