BUKIT SERINDIT 15 Mac - Telah berlangsung Sesi Penyerahan Tapak Bina Pusat Rekreasi Warga Emas Taman Bandaraya Bukit Serindit. Pelbagai kemudahan disediakan kepada warga emas bagi tujuan pengamalan gaya hidup sihat. Majlis ini telah disempurnakan oleh Clr. Abd Razak bin Abu, Ahli Majlis MBMB serta hadir sama Ir. Mansor bin Mohamad, Pengarah Kejuruteraan MBMB , pegawai - pegawai kanan serta anggota MBMB. Jom manfaatkan kemudahan yang disediakan.