AYER KEROH 27 Oktober - Sesi penyerahan 5 unit kenderaan ISUZU DMAX telah diadakan di Dataran Bandaraya MBMB. Penyerahan telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB kepada jabatan - jabatan yang terlibat iaitu Jabatan Penguatkuasaan, Jabatan Pengurusan Korporat dan Komuniti, Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Landskap dan Pengindahan Bandaraya serta Unit F.RON.T Jabatan Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB.