6 Jun - Satu Sesi Penilaian Tapak bagi pelaksanaan Projek Demonstrasi Grid Pintar bagi Projek Pembangunan Bandar Lestari di Malaysia anjuran Dana Global Environment Facility (GEF 6) telah diadakan pada hari ini dan dipengerusikan oleh Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB.
Projek yang dilaksanakan oleh Malaysian Industry-Government Group for High Technology (MiGHT) selaku Agensi Pelaksana Kebangsaan dengan kerjasama TNB Research dan Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), di mana Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah merupakan di antara penerima projek terbesar.
Sesi penilaian teknikal ini adalah bertujuan untuk menilai dan memastikan segala proses pemasangan dan pengintegrasian sistem grid pintar beroperasi mengikut piawaian yang ditetapkan.
Sesi penilaian ini diketuai oleh YBhg. Datuk Ir Khalilur Rahman Ebrahim (selaku ahli lembaga pengarah MiGHT), dan juga dihadiri oleh Pn. Ida Semurni Abdullah Ali (Chief Operating Officer MiGHT), Ts. Dr. Raslan Ahmad (selaku Senior Vice President MiGHT), serta Dr. Hariffin Boosrah (selaku Pengarah Urusan TNB Research Sdn Bhd).