BUKIT SERINDIT 23 Januari - Telah berlangsung Sesi lawatan teknikal PLANMalaysia bagi penyediaan garis panduan perancangan taman kenderaan rekreasi di Stadium Tun Fatimah, Bukit Serindit ,Melaka di bawah Majlis Bandaraya Melaka Bandaraya Bersejarah.
Delegasi PLANMalaysia diketuai oleh Dr. Chua Rhan See, Timbalan Pengarah, Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan, serta TPr. Dr. Wong Seng Fatt, Ketua Unit Alam Sekitar dan Pengurusan Risiko, BPP, PLANMalaysia dan delegasi.
Hadir sama TPr. Noremi bin Mohamad Darwi, Timbalan Pengarah Perancang Bandar MBMB serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB.