

22 April - Sesi Kunjung Hormat pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar. Delegasi seramai 7 orang ini diketuai oleh Tuan Amir Ahmad, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Kawal Selia & Penguatkuasaan), Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Hadir sama, Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan serta wakil jabatan MBMB. Semoga sesi perkongsian ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak


