GRAHA MAKMUR 21 Februari - Sesi Kunjung Hormat Datuk Bandar MBMB oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Negeri Melaka telah diadakan di Pejabat YBhg. Datuk Bandar, Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman.
Tujuan kunjung hormat ini adalah bagi memperkenalkan ketua-ketua agensi yang baru di samping perkongsian fungsi dan peranan setiap agensi. Semoga perkongsian ini mendapat manfaat serta kerjasama yang erat antara kedua-dua jabatan.