5 Mac – Sesi kunjung hormat daripada Malaysian Industrial Safety and Health Association (MiSHA) kepada YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar.
Delegasi telah diketuai oleh Tuan Aziz bin Basiran, Presiden Malaysian Industrial Safety and Health Association. Turut hadir Pn. Aznitah binti Ahmad, Ketua Unit Inovasi MBMB.
Kunjungan hormat ini bertujuan membincangkan potensi kerjasama strategik dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan (OSH), termasuk penganjuran program kesedaran, latihan serta inisiatif pematuhan standard keselamatan di peringkat pihak berkuasa tempatan.



