
12 Januari - Satu Sesi Kunjung Hormat Dan Perbincangan Bersama Jabatan Landskap Negara sempena Hari Landskap Negara di Negeri Melaka telah diadakan di Bilik Mesyuarat Datuk Bandar , MBMB.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB mempengerusikan perbincangan ini . Delegasi dari Jabatan Landskap Negara ini diketuai oleh Tuan Hj. Mansor bin Mohamad , Ketua Pengarah Jabatan Landskap Negara.
Hadir sama ,Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ketua-ketua jabatan serta pegawai-pegawai kanan MBMB.
Semoga sesi perbincangan ini memberi manfaat kepada kedua-dua pihak.


