
17 Mac - Majlis Send-Off anggota Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, En. Mohd Ariffin bin Abu Kassim , Jabatan Penguatkuasaan MBMB yang telah berkhidmat selama 21 tahun 1 bulan, telah diadakan di Lobi Graha Makmur, MBMB.
Hadir meraikan adalah YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB. Hadir sama Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff , Setiausaha Bandaraya MBMB, En. Mohd Irwan bin Samat, Pengarah Penguatkuasaan MBMB, Pegawai-pegawai Kanan serta anggota-anggota MBMB.
Selamat bersara diucapkan buat beliau dan didoakan agar sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan.


