AYER KEROH 13 Oktober - Orang ramai berkumpul di perkarangan Dataran Bandaraya MBMB bagi menyatakan solidariti terhadap Palestin. Bangunan MBMB juga dinyalakan lampu berwarna bendera Palestin bagi menyatakan aspirasi seluruh warga kerja MBMB yang mengutuk tindakan kejam Israel.
Turut hadir YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Timbalan EXCO Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital serta YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman bersama-sama keluarga beliau serta orang awam yang turut membawa bendera Palestin sebagai tanda solidariti. Semoga Allah memudahkan urusan rakyat Palestin dan semua umat Islam di dunia ini.