

3 Mei - Melaka Bila Larut Malam kembali lagi Edisi Mei. Pelbagai produk Pelancongan di negeri Melaka dibuka sehingga tengah malam bagi menggalakkan lagi sektor pelancongan negeri Melaka.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB turut meluangkan masa beliau meninjau dan menyantuni orang awam yang membanjiri kawasan Banda Hilir. Badan Kebudayaan dan Kesenian MBMB turut mengadakan persembahan di hadapan Medan Samudera.
Ternyata Zon Bebas Kenderaan @ Banda Hilir yang telah bermula sejak Ogos 2023 mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk dalam dan luar Negeri Melaka!


