Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Kebangsaan

PUTRAJAYA 9 November - Telah berlangsung Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia (HPBS) 2023 Peringkat Kebangsaan di Dewan Seri Siantan, Kompleks Persidangan Perbadanan Putrajaya. Majlis ini telah disempurnakan oleh YBhg. Datuk Wira M Noor Azman bin Taib, Ketua Setiausaha , Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan . Majis Bandaraya Melaka Bersejarah telah menerima Anugerah Penarafan Bandar Pintar Malaysia( Early Adopter ) bertujuan mengiktiraf PBT yang telah mencapai status bandar pintar berdasarkan tahap pencapaian pelaksanaan Bandar Pintar.

YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB telah menerima anugerah dan sijil penghargaan daripada YBhg. Datuk M Noor Azman bin Taib, KSU Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan. Hadir sama, Tn. Ahmad Azlan bin Ahmad Salleh, Setiausaha Bandaraya MBMB, Ketua-Ketua Jabatan serta Pegawai-pegawai Kanan MBMB.


MBMB juga merupakan satu-satunya penerima kategori Majlis Bandaraya bagi pengiktirafan khas Anugerah Penghargaan SDG 11 bersempena dengan Penghargaan Bandar Mampan 2023, di atas usaha giat di dalam pembangunan kemampanan bandaraya di Bandar Melaka.

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Jumaat 24 Januari 2025.
Jumlah Pelawat
04022399

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2025 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MelakaPay