19 Februari - Raptai Penuh Rapat Umum Bahtera Merdeka yang diadakan sempena Sambutan Pengisytiharan Tarikh Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan di Stadthuys, Banda Hilir.
Raptai ini diketuai oleh YB Datuk Wira Abdul Razak bin Abdul Rahman, EXCO Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya. Hadir sama YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Clr. Lee Chong Guan, Ahli Majlis MBMB, Tn. Hj. Mohd Nasir bin Bakri, Pengarah Penilaian dan Pengurusan Harta MBMB, ketua-ketua jabatan serta anggota yang terlibat.




