
24 April - Raptai Penuh Majlis Perasmian 30th Earoph World Congress 2026 telah diadakan di Courtyard by Marriot Hotel.
Raptai ini diketuai sendiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman , Datuk Bandar MBMB dan turut hadir Tn. Muhammad Firdaus bin Shariff, Setiausaha Bandaraya MBMB, ketua-ketua jabatan , urusetia EAROPH dan pegawai-pegawai kanan MBMB.
Majlis Perasmian 30th Earoph World Congress 2026 ini akan diadakan pada 24 April dan dirasmikan oleh tetamu kehormat YAB Datuk Seri Haji Fadillah bin Haji Yusof , Timbalan Perdana Menteri . Semoga segala perancangan yang diaturkan berjalan dengan lancar .


