20 Februari - Lawatan Penanda Aras Bagi Zon Bebas Kenderaan Dari Jabatan Pembangunan Landskap Dan Rekreasi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah diadakan di Balai Alam Lestari.
Delegasi DBKL adalah seramai 25 orang. YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB menyampaikan taklimat berkaitan Zon Bebas Kenderaan.
Hadir sama TPr. Zuhaila binti Ahmad Zubel, Pengarah Perancangan Bandar dan Tn. Hj. Moahzam bin Asari, Pengarah Landskap dan Pengindahan Bandaraya MBMB.




