

8 April - Rakaman Podcast “Mana Lagi? Melaka Ler…” bersama Melaka Hari Ini sempena Sambutan Ulang Tahun ke -22 Bandaraya Melaka Bersejarah telah diadakan di Studio Melaka Hari Ini.
YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB berkongsi kepada penonton tentang acara dan program sempena Sambutan Ulang Tahun ke-22 Bandaraya yang disambut pada 15 April setiap tahun.
Nantikan Podcast ini yang akan disiarkan pada 12 April 2025 ini di media sosial Melaka Hari Ini dan YouTube Melaka TV.


