Program Solat Dhuha MBMB Tekankan Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri

 

bandar penyayang

14 Julai - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Ketua-ketua jabatan, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.

Solat dhuha diimamkan oleh En. Mohamad Naqiuddin bin Mohamed Anuar dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Mohd Imran bin Mohd Rashid , Jabatan Landskap Dan Pengindahan Bandaraya. Tazkirah yang disampaikan berkisar mengenai Kepentingan Menjaga Kesihatan Diri.

Menjaga kesihatan diri adalah satu kewajipan dalam Islam kerana tubuh badan adalah amanah Allah yang perlu dijaga. Kesihatan yang baik membolehkan seseorang melaksanakan ibadah dengan sempurna dalam menjalani kehidupan seharian . Selain itu, menjaga kesihatan juga dapat menjauhi diri daripada penyakit dan kemudaratan.

 

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB)

Graha Makmur, No.1,
Jalan Tun Abdul Razak - Ayer Keroh,
Hang Tuah Jaya,
75450 Melaka, Malaysia.

 

Talian Am : +606 285 9700
Direktori :Direktori MBMB
Talian Bebas Tol : 06 333 3333
Talian Aduan : 013-302 9700 (Whatsapp sahaja)
Faks : +606 232 5716
Emel : aduan[at]mbmb[dot]gov[dot]my/
webmaster[at]mbmb[dot]gov[dot]my

  • Kemaskini Terkini : Khamis 22 Januari 2026.
Jumlah Pelawat
04455765

Penafian : Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Paparan Terbaik : Menggunakan versi terkini bagi pelayar Internet Explorer / Mozilla Firefox / Google Chrome dengan resolusi 1920 x 1080.

Hak Cipta Terpelihara © 2026 Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB).

Portal Rasmi Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah

MyGov Portal Amiro Technology Sdn Bhd

privasi

MELAKAPAY