

13 Mei - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama & Motivasi MBMB telah dihadiri olehYBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Asrul Ridzuan bin Abdullah Sani dan tazkirah telah disampaikan oleh En. Noor Azran bin Nordin daripada Jabatan Landskap & Pengindahan Bandaraya.
Tazkirah yang disampaikan berkisar tentang Kebersihan Sebahagian Daripada Iman. Islam agama yang menekankan kebersihan dalam semua aspek kehidupan - kebersihan diri, tempat tinggal, dan persekitaran. Kebersihan bukan sekadar keperluan fizikal tetapi juga sebahagian keimanan. Dengan mengamalkan ajaran Islam dalam penjagaan alam sekitar, kita bukan sahaja memelihara bumi untuk generasi akan datang tetapi juga mendapat ganjaran pahala di sisi Allah SWT.
Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Berbuat baiklah, dan janganlah membuat kerosakan di bumi." (Surah al-Baqarah, ayat 205).


