

5 Mei - Program Solat Dhuha bertempat di Surau MBMB yang dianjurkan oleh Kelas Agama MBMB telah dihadiri oleh YBhg. Datuk Hj. Shadan bin Hj. Othman, Datuk Bandar MBMB, Pegawai-pegawai Kanan dan anggota MBMB.
Solat dhuha diimamkan oleh En. Muhajir dan tazkirah telah disampaikan oleh Ts. Safuan Effendy bin Mat Ghani, Pengarah Infrastruktur Komuniti dan Logistik MBMB. Tazkirah yang disampaikan adalah mengenai Islam Melarang Berburuk Sangka.
Agama Islam melarang kita berburuk sangka terhadap pihak lain tanpa alasan yang benar. Berburuk sangka bermaksud kita bersangka buruk kepada sesuatu pihak dan akhirnya kita menuduh atau menzalimi suatu pihak tanpa kesalahan yang dilakukannya.
Semoga kita semua tergolong dalam kalangan orang yang beriman dan beramal soleh


